Suku Bidunda Balai Rantau berasal dari Suku Biduanda Balai kampong Kundangan Terachi tempat menjejak tapak Dato Kelana Sungai Ujong.Ibu Soko Perut tersebut di bawa ka Rantau dan rumahnya dijadikan tempat persinggahan Dato Kelana Sungai Ujong serta perhimpunan Dato Lembaga Adat yang datang mengadapnya.Nyai Kutam (nama samaran) isteri kapada Sulong bin Pendekar Raja Haji @Siaji yang datang dari Rantau Panjang sakitar 1875 turut Masuk Suku Bidunda Balai bersama saudaranya Kahar manakala isterinya Waris / Suku Klang. Kehadiran Kahar dan saudaranya Nyai Kutam disusuli olih Nyai Repah (nama Samaran dari Repah Tampin) dengan suaminya Jalal dari Gemenchi..Ini menjadikan Waris / Suku Biduanda Balai kapada tiga Perut,Perut Timah Kusau sabagai ibu soko,Perut Nyai Kutam (Masuk Suku) dan Perut Nyai Repah (Masuk Suku).
Dato Lembaga bagi Waris / Suku Biduanda Balai bergelar Dato Melano Said manakala Buapak begelar Dato Menteri Penghulu.Pada awalnya Lembaga dan Buapak jatuh kapada Perut Timah Kusau.Untuk menjaga kemuliaan Kahar dan Nyai Kutam Dato Lembaga Adat telah digelirkan mengikut perut yang dianggap bertentang dari segi adat berpatih. Dato Kahar telah dilantik menjawat Dato Melano Said mewakili saudaranya Perut Nyai Kutam.Kedudukan Waris / Suku Biduanda Balai satara dengan Waris / Suku Klang yang bergajah tungal yang tidak tertakluk kabawah Dato akhir Zaman kecuali jika mahu ikut serta atau diminta.
Waris / Suku Biduanda Balai dikatakan juga sabagai Waris Di-air.Ia dikatakan sabagai Waris Di-air kerana bersakakan buaya.Mengikut cerita kononnya kelurga ini dulukala ada beranak kembarkan saekor buaya .Pada mulanya anak buaya itu di pelihara dalam tempayan bila besar sadikit di pelihara dalam perigi dan akirnya dilepaskan ka dalam sungai.Sabelum tahun tujoh pulohan adalah menjadi adat bagi Waris / Suku ini akan menyediakan persembahan sadikit daging,hati,jantung,rabu dan limpa sakiranya majlis perkahwinan itu mengorbankan lembu atau kerbau.Sabuah perahu kecil sapanjang dua kaki dari pakok pulai perlu dibuat.Persembahan itu hendaklah di letak dalam perahu kecil itu yang telah di lapik dengan daun keladi dan ditutup dengan daun upih pinang serta di hanyutkan di sungai.Dalam beberapa peristiwa biasanya pada jarak lima puloh meter satu pusingan air akan berlaku lantas menengelamkan perahu yang telah di-isi persembahan tersebut dan timbul semula tanpa kandungannya. Ada tiga batang sungai kononya yang menjadi telapak saka tersebut sungai Rantau hingga ka Sua betong. Sungai Lubok cina dan di-sungai Air Jerneh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan