Isnin, 9 September 2013

RANTAU. Asal usul nama SILIAU

              SILIAU berasal dari perkata cina SI===mati dan LIAU===habis.Permintaan bijih timah bermula di pertengahan abad kelapas belas telah mendorong pelombong Cina menoreka lombong baru. Keadaan ini termasoklah  di kampong Pengkalan yang kedudokannya tepi sungai Linggi yang telah lama didiami olih orang Asli dan orang Melayu.Sa kumpolan pelombong Cina yang kemungkinan datang dari Sungai Ujong atau Lukut telah meneroka lombong biji timah di sabelah hilir kampong Pengkalan. Mereka turut mendirikan rumah kongsi yang berbentuk bulat serta runcing di bahagian bumbongnya manakala di bahagian dalam sabelah atas di buatkan peran (loteng) bagi menyimpan barang berharga.
              Beras merupakan makan utama bagi pelombong Cina disamping digunakan untuk membuat minuman samsu.Penduduk tempatan kebanyakan golongan pertani yang mana menanam padi huma dan sawah satahun sekali cuma untuk keperluan saradiri saja dan tidak untuk di jual.Keadaan ini mendorong pelombong Cina melakukan kegiatan menyamun. Pada waktu malam dengan memukul gendang dan gong terlebih dahulu mereka akan menyamun padi pendudok kampong yang di simpan kepok padi.Pendudok tempatan menggelaran kumpolan ini dengan nama CEMPIYANG.
              Kegiatan kumpolan cempiyang yang berluasa menimbulkan ketakutan pendudok tempatan terutama pada waktu malam. Akhir mendorong tiga pendekar melayu berpakat menghapuskan mereka.Mejadi tebiat para pelombong cina pada hari malam bermain judi sambil minum samsu. Diwaktu siang hari ketika pelombong Cina keluar bekerja ketiga mereka telah menyelinap masok ka rumah kongsi dan bersembunyi di peran (loteng).Pada waktu malam sawaktu pelombong tidor kerana terlalu mabuk samsu lantas tiga pendekar turun dari peran (loteng) membunuh semua mereka.Sejak itu tempat itu dinamakan SILIAU yang akhirnya menengelamkan nama asal kampong sapaerti nama kampong Pengkalan dan lain-lain.
             BILA AKAR DIBIAR MELILIT BATANG DAN DEDALU DIBIAR HINGGAP DIDAHAN POKOK AKAN MATI BERAGAN.

3 ulasan:

  1. tiada tarikh,tahun peristiwa ini berlaku?

    BalasPadam
  2. tolong tulis tarikh dan tahun kerana saya sedang membuat projek pt3,harap encik dapat menolong

    BalasPadam
  3. terima kasih kalau sudi menolong

    BalasPadam