Rabu, 29 Mei 2013
Tanah Raja.
KISAH RANTAU NEGERI SEMBILAN. TANAH RAJA.Tanah Raja terletak bersebelahan pam minyak Prtronas dengan keluasan sakitar duabelas ekar.Sabelum tahun tujuh puluhan tanah tersebut merupakan tanah paya berair yang ditumbuhi olih mengkuang air,pokok sagu dan hutan.Dihujung tanah tersebut menghala kampung Poning konon ada sabuah kubur orang mati berzina kerana melekat. Dihutan paya ini juga pernah menjadi persembunyian sapanjang masa pemerentahan Jepun olih Md.Nor bin Hj,Said kerana takut ditangkap olih tentera Jepun. Tanah ini pada asalnya dipunyai olih Dato Senara Muda Hj.Yahaya@ Jaya bin Raja Haji @Siaji @Diraja Senara Muda dijual. kapada Yang Dipertuan Besar Tengku Muhamad.Hasil daripada jualan tanah ini telah digunakan bagi membiayai penerokaan tanah bagi tanaman getah saluas dua puloh lima ekar di Kluang Johor.Ada orang Cina di Kluang ingin membeli tanah getah tersebut.Olih kerana Hj.Yahaya tidak mahu menjualnya kebun getah tersebut telah dibakar. Ini menyebabkan beliau bertindak balas dengan membunuh tiga orang kongsi gelap cina Kluang dan mencampakan mayat dalam kawasan paya. Perbuatan beliau menyebabkan kongsi gelap Cina Kluang menghubungi kongsi gelap Lukut bagi mendapatkan ganti rugi.Keadaan ini dapat diselesaikan dengan campor tangan Raja Bot yang memerentah Lukut pada waktu itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan