Kisah Rantau Negeri Sembilan KAMPUNG GODANG teketak diantara jalan menuju kampung Kancung hingga ka jalan menuju kampung Poning.Dinamakan kampung Godang disebabkan ada batu hampar yang besar melintangi sungai ditebing kampung tersebut.ini.menyukarkan perahu hilir mudik dikawasan tersebut.penduduk asal terdiri dari suku Biduanda dari keluarga Dato" Akir Zaman Jaamat.Kemudian diikuti kehadiran keluarga Pendekar Raja Haji@Siaji (Diraja Senara Muda) dan Radin Zainal Abidin @Kahar yang beristerikan Raja Mariam adik kapada Raja Haji serta diikuti kedatangan Jalal dengan isterinya Nyai Repah dari Gemenchi
. KAMPUNG PENGKALAN KETAM terletak antara jalan menuju kampun Poning hingga kajambatan Rantau.Dinamakan atas sebab disitu ada dibena pengkalan perahu manakala sungainya banyak terdapat ketam sungai.D..isini bersemadi Raja Inai.Nama Raja Inai bukanlah nama sabenar ia cuma nama gelaran kerana semasa hidupnya beliau suka memakai inai dijari tangan dan kakinya.Nama sabenar tak dapat dipastikan.
KAMPUNG DIBAWAH TAMPANG terletak dihilir pekan Rantau sabelum sampai simpang menuju Seliau @teluk Kuali.Disini asal ada sabatang anak sungai dari kampung Poning menuju ka Teluk Kuali'Pada awalnya tempat Dato"Senara Muda Hj.Yahaya @Jaya memandikan lembu dan membasuh kereta lembunya. Semasa perang Pahang beliau telah diarah olih Raja Bot menghantar barang makanan bagi membantu Raja Ahmad.Dengan menggunakan beberapa buah kereta lembu termasuk dari orang Linggi beliau menutupi bahan makanan tersebut dengan tanah bagi tujuan tahan lama dan mengelirukan musuh.Semasa balik mereka membawa buahan,manakala tanah yang digunakan itu dibuang disini.Akirnya dibena rumah kedai dan rumah sewa.Olih kerana ada sabatang pokok tampang disitu maka dinamakan kampung Bawah Tampang. KAMPUNG PETALING terletak diantara depan Sek.Cina hingga ka Pencawang TNB.Sabelum jalan raya yang ada sekarang dibena. Dahulu untuk pergi ka kampung Tanjong dan kampung Kancung terpaksa melalui pematang sawah dari kampung Petaling,kemudian dibena titian kayu.Malangnya titian itu roboh akibat banjir besar tahun 1971.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan