Rabu, 29 Mei 2013

Tanah Raja.

KISAH RANTAU NEGERI SEMBILAN.  TANAH RAJA.Tanah Raja terletak bersebelahan pam minyak Prtronas dengan keluasan sakitar duabelas ekar.Sabelum tahun tujuh puluhan tanah tersebut merupakan tanah paya berair yang ditumbuhi olih mengkuang air,pokok sagu dan hutan.Dihujung tanah  tersebut menghala kampung Poning konon ada sabuah kubur orang mati berzina kerana melekat. Dihutan paya ini juga pernah menjadi persembunyian sapanjang masa pemerentahan Jepun olih Md.Nor bin Hj,Said kerana takut ditangkap olih tentera Jepun. Tanah ini pada asalnya dipunyai olih Dato Senara Muda Hj.Yahaya@ Jaya bin Raja Haji @Siaji @Diraja Senara Muda dijual. kapada Yang Dipertuan Besar Tengku Muhamad.Hasil daripada jualan tanah ini telah digunakan bagi membiayai penerokaan tanah bagi tanaman getah saluas dua puloh lima ekar di Kluang Johor.Ada orang Cina di Kluang ingin membeli tanah getah tersebut.Olih kerana Hj.Yahaya tidak mahu menjualnya kebun getah tersebut telah dibakar. Ini menyebabkan beliau bertindak balas dengan membunuh tiga orang kongsi gelap cina Kluang dan mencampakan mayat dalam kawasan paya. Perbuatan beliau menyebabkan kongsi gelap Cina Kluang menghubungi kongsi gelap Lukut bagi mendapatkan ganti rugi.Keadaan ini dapat diselesaikan dengan campor tangan Raja Bot yang memerentah Lukut pada waktu itu.

Isnin, 27 Mei 2013

Kisah Rantau Negeri Sembilan  KAMPUNG GODANG teketak diantara jalan menuju kampung Kancung hingga ka jalan menuju kampung Poning.Dinamakan kampung Godang disebabkan ada batu hampar yang besar melintangi sungai ditebing kampung tersebut.ini.menyukarkan perahu hilir mudik dikawasan tersebut.penduduk asal terdiri dari suku Biduanda dari keluarga Dato" Akir Zaman Jaamat.Kemudian diikuti kehadiran keluarga Pendekar Raja Haji@Siaji (Diraja Senara Muda) dan Radin Zainal Abidin @Kahar yang beristerikan Raja Mariam adik kapada Raja Haji serta diikuti kedatangan Jalal dengan isterinya Nyai Repah dari Gemenchi
 .                  KAMPUNG PENGKALAN KETAM terletak antara jalan menuju kampun Poning hingga kajambatan Rantau.Dinamakan atas sebab disitu ada dibena pengkalan perahu manakala sungainya banyak terdapat ketam sungai.D..isini bersemadi Raja Inai.Nama Raja Inai bukanlah nama sabenar ia cuma nama gelaran kerana semasa hidupnya beliau suka memakai inai dijari tangan dan kakinya.Nama sabenar tak dapat dipastikan.
                   KAMPUNG DIBAWAH TAMPANG terletak dihilir pekan Rantau sabelum sampai simpang menuju Seliau @teluk Kuali.Disini asal ada sabatang anak sungai dari kampung Poning menuju ka Teluk Kuali'Pada awalnya tempat Dato"Senara Muda Hj.Yahaya @Jaya memandikan lembu dan membasuh kereta lembunya. Semasa perang Pahang beliau telah diarah olih Raja Bot menghantar barang makanan bagi membantu Raja Ahmad.Dengan menggunakan beberapa buah kereta lembu termasuk dari orang Linggi beliau menutupi bahan makanan tersebut dengan tanah bagi tujuan tahan lama dan mengelirukan musuh.Semasa balik mereka membawa buahan,manakala tanah yang digunakan itu dibuang disini.Akirnya dibena rumah kedai dan rumah sewa.Olih kerana ada sabatang pokok tampang disitu maka dinamakan kampung Bawah Tampang.                                                                                                                                               KAMPUNG PETALING terletak diantara depan Sek.Cina hingga ka Pencawang TNB.Sabelum jalan raya yang ada sekarang dibena. Dahulu untuk pergi ka kampung Tanjong dan kampung Kancung terpaksa melalui pematang sawah dari kampung Petaling,kemudian dibena titian kayu.Malangnya titian itu roboh akibat banjir besar tahun 1971.

Ahad, 26 Mei 2013

SEJARAH.ASAL NAMA RANTAU N.SEMBILAN
 Rantau sempena nama kampung Rantau.Bila Inggeris mahu mendirikan Balai Polis ,ia telah memilih untuk mendirikan dihadapan kampung Rantau.Maka dinamakan Balai Polis Rantau.Sejak itu ia berkembang menjadi daerah. Yang dinamakan.Kampung Rantau terletakdari didepan Sek.Keb.Cina hingga kasimpang Kpg.Kancung.Dihilirnya Kpg Godang sahingga simpang Kpg Poning dan dari simpang Kpg Poning hingga kajambatan dinamakan Kpg Pengkalan Ketam,selepas itu Kpg Dibawah Tampang.Manakala dihulunya dari Sek.Keb.Cina kapencawang TNB dinamakan Kpg Petaling salepas itu Kpg Kakau (J.W.Quillick). Nama Rantau bukan ambil sempena dari perkataan orang merantau atau perkataan orang cina antau.Ia bermula dari orang Rantau Panjang Klang kerana yang berkampung disakitaran terdiri dari anakberanak Tok Sulong bin Pendekar Raja Aji (Diraja Muda Senara) dengan tsteri Nyai Kutam.adiknya Siebod ,Hj.Yahya serta emaksaudara Raja Mariam dan suaminya Radin Zainal abidin (Kahar).Mereka terdiri dari orang Bugis dan Jawa yang lari dari pergolakan Perang Saudara Klang pada tahun 1866- 1875..Dari kampung orang Rantau Panjang Klang akhirnya menjadi Kpg.Rantau