Khamis, 26 Mei 2016

SEJARAH SURAU RANTAU

Di Rantau ada surau tua yang di bena olih Sulong di tepi anak air(sekang telah dibuat longkang dalam kawasan tanahnya.Surau itu turut di gunakan olih Abdullah suami kapada Normahmenantunya untuk mengajar mengaji quran.satelah beliau bercerai dengan Normah belaiu membawa diri dan akhirnya balik ka kampong di Sungai Kuantan Riau Indonesia. Manakala Hj Yahya pula membena sabuah surau kecil dikawasan sawahnya di pinggir jalan kampung Poning.Yang digunakan semasa beliau mengushakan sawah padinya.                                                                            
Satelah kematian Dato Senara Muda Hj.Yahya @Jayo tahun 1945 ia dipindahkan olih Hj,Kadir kakawasan rumahnya disebabkan surau yang berada di kawasan tanah Sulong bin Pendekar Raja Siaji@ Haji telah terlalu lama. Ahmad bin Mat pula memindahkan serta membesarkan ka tempat tepi jalan besar Rantau yang ada sekarang.Dulu ada sekolah menengah Rendah Ugama tetapi sekarang telah dibena kelas mengaji untuk kanak saja

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Nama saya Azwan,

    Bolehkah tuan menceritakan tentang sejarah surau Haji Bidin di Kg. Ulu Lalang?

    Terima kasih.

    BalasPadam