Isnin, 9 September 2013

RANTAU. Asal usul nama SILIAU

              SILIAU berasal dari perkata cina SI===mati dan LIAU===habis.Permintaan bijih timah bermula di pertengahan abad kelapas belas telah mendorong pelombong Cina menoreka lombong baru. Keadaan ini termasoklah  di kampong Pengkalan yang kedudokannya tepi sungai Linggi yang telah lama didiami olih orang Asli dan orang Melayu.Sa kumpolan pelombong Cina yang kemungkinan datang dari Sungai Ujong atau Lukut telah meneroka lombong biji timah di sabelah hilir kampong Pengkalan. Mereka turut mendirikan rumah kongsi yang berbentuk bulat serta runcing di bahagian bumbongnya manakala di bahagian dalam sabelah atas di buatkan peran (loteng) bagi menyimpan barang berharga.
              Beras merupakan makan utama bagi pelombong Cina disamping digunakan untuk membuat minuman samsu.Penduduk tempatan kebanyakan golongan pertani yang mana menanam padi huma dan sawah satahun sekali cuma untuk keperluan saradiri saja dan tidak untuk di jual.Keadaan ini mendorong pelombong Cina melakukan kegiatan menyamun. Pada waktu malam dengan memukul gendang dan gong terlebih dahulu mereka akan menyamun padi pendudok kampong yang di simpan kepok padi.Pendudok tempatan menggelaran kumpolan ini dengan nama CEMPIYANG.
              Kegiatan kumpolan cempiyang yang berluasa menimbulkan ketakutan pendudok tempatan terutama pada waktu malam. Akhir mendorong tiga pendekar melayu berpakat menghapuskan mereka.Mejadi tebiat para pelombong cina pada hari malam bermain judi sambil minum samsu. Diwaktu siang hari ketika pelombong Cina keluar bekerja ketiga mereka telah menyelinap masok ka rumah kongsi dan bersembunyi di peran (loteng).Pada waktu malam sawaktu pelombong tidor kerana terlalu mabuk samsu lantas tiga pendekar turun dari peran (loteng) membunuh semua mereka.Sejak itu tempat itu dinamakan SILIAU yang akhirnya menengelamkan nama asal kampong sapaerti nama kampong Pengkalan dan lain-lain.
             BILA AKAR DIBIAR MELILIT BATANG DAN DEDALU DIBIAR HINGGAP DIDAHAN POKOK AKAN MATI BERAGAN.

Ahad, 1 September 2013

Rantau;asal waris@ suku Klang dan Biduanda Balai

          Keputusan Raja Mahadi untok berundur ka Kota Tinggi,Johor dari Kuala Linggi atas desakan Raja Sulaiman Pemerentah daerah Sungai Raya memaksa sabahagian pengikut dan para kerabat yang menyokongnya menghulu sungai Linggi untuk bernaong buat sementara waktu ka Luak Sungai Ujong.J.W.Gullick menyatakan bahawa orang Bugis bertapak di Kampong Pengkalan Seliau sakitar tahun 1875.Pada masa itu kampong tersebut didiami olih orang Asli
.         Dato Kelana Undang Luak Sungai Ujung telah memiinta mereka jangan mudik kahulu kerana orang Inggeris telah mula masuk campor dalam pemerentahan negeri Sembilan dan menyokongnya dalam ushanya menentang Dato Bandar.Dato Akir Zaman Jaamat telah diarahkan menyuruh orang Asli di Kampong Seliau menanggong makan minum mereka sahingga kembali.Manakala para kerabat telah di bawa tinggal diantara Pengkalan Ketam dengan kampong Landas,dipersakitar perkampongan Dato Akir Zaman Jaamat di Kampong Godang.Manakala sabahagian pengikut diarah mencari penempatan sendiri yang telah mudik kahulu terpaksa berkampong di kampong Belangkan dan Kuala Sawah. Yang ada di Seliau mahu kekal disana.                                                                                    Disebabkan kematian Pendekar Raja Haji @ Siaji di Pulau Hanyut Rembau dan Raja Mahadi yang taerpaksa menyerah diri kapada Inggeris serta di buang ka Singapura menyebabkan mereka takut untuk kembali ka kampong halaman mereka disakitar Klang Selangor.Dato Senara Muda Hj.Yahya @ Jaya yang dibawa samasa kanak-kanak olih ayahnya tinggal di Kampong Binjai Klang, manakala Nyai Kutam isteri kapada abangnya berasal dari kampong Kuantan,satelah berkahwin menetap di Kampong Rantau Panjang  Klang. Manakala emak saudaranya Raja Mariam yang berkahwin dengan Radin Zainal Abidin @ Kahar tinggal di kampong Bukit Kuda @ Tambang Kuda Klang. Dimana bumi di pijak disitu langit di junjong.Orang Klang akirnya disatukan menjadi Waris @ Sukuklang dengan melantik Lembaga Adat yang bergelar DATO SENARA MUDA berdasar sempena Cop Mohor yang dimiliknya SULTAN MUHAMAD KEBENARAN KAPADA DIRAJA MUDA SENARA manakala buapaknaya dengan gelaran PERDANA MENTERI. Samasa Dato Senara Muda Hj,Yahya @ Jaya semasa diKlang ia masih kecil tinggal bersama ayahnya di kampung Binjai Klang. semua waris @ suku Klang Rantau ,Seliau Belangkan dan Kuala sawah dibawah satu Dato Lembaga dan dibayar alaun bulan olih Dato Kelana Maamor.Waris @ Suku Klang dan Suku Biduanda Balai di katakan bergajah tunggal antara Kampong Landas dengan kampong Pengkalan Ketam..Ini bererti bahawa Dato Akir Zaman tidak bolih masuk campor dalam urusan mereka kecuali kalau diminta.Manakala Mas Kahwin bagi golongan perempuan mengikut mas kahwin raja.Disebabkan ingin sesuaikan dengan adat pepatih maka golongan wanita dan anaknya yang datang dari Klang telah dianggapi sabagai Waris @ Suku Klang manakala keturunan lelaki dari Klang yang berkahwin dengan penduduk tempatan anaknya mengikut suku ibunya Kecuali' Radin Zainal Abdin @Kahar dan saudara perempuannya isteri Sulong yang bernama Nyai Kutam diserap masuk Suku Biduanda Balai yang mana Ibu Soko nya telah dibawa dari Suku Biduanda Balai Kampong Kundangan Terachi Kuala Pilah tempat menjejak tapak Dato Kelana.Sekarang suku Klang banyak di dominasikan olih anak dari keterunan orang Minangkabau dan sadikit orang Jawa yang dulunya datang berdagang ka Rantau yang sengaja memilih perempuan yang datang dari Klang sabagai isteri mereka.
          Kahar bergelar tok Udang Kahar kerana kulit badannya bersisek udang kemerahan serta bulu roman yang menyensang kaatas Semasa beliau datang ka Rantau telah membawa serta dayang menjaga Nyai Ku tam serta kereta kudanya.Beliau telah dilantik menjadi Dato Lembaga bergelar Dato Melano Said bagi Waris Biduanda Balai dan menolak bayaran alaun olih Dato Kelana Manakala buapak biduanda Balai bergelar Menteri Pengulu. .Jalal dan isterinya Nyai Repah saudara kapada Nyai Kutam (nama samaran) turut berpindah dari Repah, Gemenchi untuk berkumpul dengan saudara  Nyai Kutam dan Kahar di Rantau turut masok suku Biduanda Balai.Ini menjadikan suku Biduanda Balai tiga perut.Perut Nyai Kutam,perut Nyai Repah dan perut Timah kusau (ibu Soko).Salah satu budaya yang  dibawa menjadi ikutan masyarakat melayu Rantau hingga kini ialah  bertandu budaya berarak lilin untuk meraikan pengantin.Dimana pada awal sabelum tahun 1960 suku lain cuma dibenarkan berdukong atas bahu saja.