Dato Senara Muda Hj,Yahya@Jaya bin Pendekar Raja Haji@Siaji Lot 998 mungkin Rantau, lahir sakitar tahun 1860 an ,tidak menjelaskan siapa nama sabenarkan datoknya. Kemelutan ini ditambah bilamana salasilah keluarganya yang disimpan di rumah abangnya Sulong dengan isterinya Nyai Kutam terbakar Salepas Raja Haji Fisabillilah yang mangkat di Telok Ketapang ramai raja Bugis menamakan anaknya dengan nama Raja Haji sahingga menimbulkan kekeliruan.Tetapi Raja Haji dan warisnya yang datang ka Rantau berkemungkinan dari dua nama berikut.Raja Haji @ Klang bin Sultan Ibtahim adik kapada Sultan Muhamad atau Raja Haji bin Raja Hasan @Busu bin Raja Nala @Tengku Bongsu menantu kapada Sultan Muhamad hasil perkahwinan dengan anaknya Raja Siti, Dan beliau telah di kurniakan gelaran DIRAJA MUDA SENARA olih Sultan Ibrahim atau Sultan Muhamad yang mana adatnya di kurniakan kapada anak atau adik beradik sultan.Ini berdasarkan cop mohor SULTAN MUHAMAD KEBENARAN KAPADA DIRAJA MUDA SENARA yang telah menjadi pusaka kapada Waris@Suku Klang dalam Luak Sungai Ujong.
Hjh.Esah binti Dato Senara Muda Hj.Yahya @ Jaya lahir sakitar 1880 an anak angkat kapada Dato Kelana Maamor ada menyatakan bahawa datoknya pernah terlibat samasa Perang Naning 1833 menentang tentera Inggeris, Juga dikatakan yang datoknya cedera terkena dua butir peluru dalam serang hendap di permatang sawah Kampong Pulau Hanyut menyebabkan beliau merana selama dua minggu sabelum mati dan di kebumikan di Kampung Pulau Bukit dekat Pulau Mampat Rembau,Yang pasti k ejadian ini berlaku semasa Dato Senara Muda Hj, Yahya @ Jaya masih keanakan lagi diantara tahun 1860 hingga tahun 1875. Semasa pertelingkahan antara Dato kelana dengan Dato Bandar tahun 1873,orang Klang dikatakan turut membantu Dato Kelana dengan 1000 gantang beras dan perajurit.Bantuan ini ada asasnya kerana salah saorang isteri Sultan Muhamad berasal dari daerah Labu Luak Sungai Ujong. Kalau Raja Haji Klang datang menolong mungkin berasaskan kakak iparnya berasal dari labu manakala Raja Haji bin Raja Hasan @Busu kerana emak mertuanya serta hubungan baik Dato Kelana dengan Sultan Abdul Samad anak buah kapada Raja Haji Klang.Angkatan ini berundur bilamana Inggeris turut campor tangan dan menyebelahi Dato Kelana.Juga disebabkan berlaku perang saudara antara Raja Mahadi anak buah kapada Raja Haji Klang menentang Tengku Kudin menantu kapada Sultan Abdul samad. Kekalahan Raja Mahadi menentang Tengku Kudin yang turut di sokong olih tentera Inggeris telah memaksa pengikutnya termasuk para kerabat yang menyokongnya berundor diri dari Klang.Sabahagian berundor ka Kampong Koring ,Labu (Waris@Suku Klang Labu) ,sabahagian ka daerah Luak Jelebu (Waris@Suku Klang) .Manakala Raja Mahadi dan sabahagia kerabat berundor ka Lukut malangnya Raja Jumaat tidak mahu menerima dan terlibat.Ini memeksa angkatan ini berundur ka Kuala Linggi bersebelahan daerah Sungai Raya.Pemerantah Sungai Raya, Raja Sulaiman ketika itu tertaklok di bawah pemerentaahan Raja Jumaat mendesak Raja Mahadi tidak bertapak disana.Akhirnya Raja Mahadi terpaksa berundur ka Kampung Lukut di Kota Tinggi ,Johor. Manakala sabahagian para kerabat terpaksa mudik ka Sungai Ujung untuk bernaong buat sementara waktu.Malangnya tertahan di kampong Pengkalan,Seliau (waris@suku Klang Seliau) ada yang terlangsung ka Belangkan,Kuala Sawah (waris@suku Klang Belangkan @Kuala Sawah) manakala para kerabat yang lain dibawa tinggal sakitar perkampongan Dato Akir Jaamat iaitu Kampong Rantau ,kampong Godang dan Pengkalan Ketam(waris @Suku Klang Rantau).Peritiwa ini disebabkan Inggeris telah masok campor dan menyebelahi Dato Kelana. Raja Mahadi yang bercita=cita menyerang samula Klang telah meminta Raja Haji mendapatkan bantuan dari orang Naning dan Rembau bagi membantunya.Dengan kematian Raja Haji di Pulau hanyut dan ketiadaan angkatan yang kuat untuk menyukongnya maka Raja Mahadi dan angkatannya yang telah sampai ka Tanjong Sepat terpaksa menyerah diri kapada Angkatan Inggeris serta diantar ka Singapura.Sakitar tahun !870an banyak peristiwa penentangan tehadap Inggeris dan dibung negeri menyebabkan ramai para penentang menukar nama bagi menyebunyikan diri.
ADA SABATANG POKOK CEREMAI YANG DITANAM DIKEBUN KLANG UNTUK MENJADI PENANDA .
SULTAN IBRAHIM 1782=1826
SULTAN MUHAMAD 1826=1856
SULTAN ABDUL SAMAD 1856=1898
. KALAU BERTAMU KARUMAH ORANG BUGIS BAWAKAN SABILAH KERIS DAN BERTAMU KARUMAH ORANG MINANG BAWAKAN SAGAGANG PINANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan