Jumaat, 8 Ogos 2014
RANTAU N.SEMBILAN. IMAM HJ. KAHAR Kahar berasal dari Klang Selangor.Menurut kata Dato Senara Muda Hj. Yahaya @ Jaya bin Pendekar Raja Haji @ Siaji bahawa Hj.Bidin bin Kahar (merujuk juga pada Kahar ) semasa di Klang tinggal di kampung Bukit Kuda ( Tambang Kuda) manakala Hj Yahaya tinggal di kampung Binjai (sungai Binjai klang) tidak jauh dari kampung Batu Belah.Kebakaran rumah Nyai Kutam (gelaran) isteri Sulong bin Pendekar Raja Aji @ Siaji saudaranya sebanyak dua kali telah memusnahkan hartabenda dan salasilah keluarga meraka. Imam Hj.Kahar berkemungkinan Radin Zainal Abidin ( Lebai Kahar ) yang berkhwin dengan Siti Mariam ibni Sultan Ibrahim atau kerabat Raja Hitam atau Raja Ali .Imam Hj.Kahar saangkatan usia Sulong bin Pendekar Raja Aji @ Siaji lahir sakitar 1830 an. Pergolakan Selangor yang bermula sejak 1866 hingga 1875,Bermula peperangan antara Raja Mahadi menentang Raja Abdullah berlarutan kapada peperangan antara Raja Mahadi menentang Tengku Kudin.Semasa peperangan antara Raja Abdullah menetang Raja Mahadi ia disokong olih para kerabat Bugis Riau manakala Kerabat Bugis Selangor menyokong Raja Mahadi.Manakala semasa penentangan Raja Mahadi terhadap Tengku Kudin ia disokong olih Raja Berkat dan anaknya Raja Mahmud,Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad dan adiknya Raja Kahar,Raja Yaakop,Raja Ali,Raja Hitam dan Raja Abdullah. .Kekalahan Raja Abdullah ditangan Raja Mahadi serta kekalahan Raja Mahadi yang disokong olih para kerabat selangor ditangan Tengku Kudin yang disokong olih tentera Inggeris telah membawa perpecahan dikalangan pengikutnya.Sabahagian dari mereka telah membawa diri untuk bernaong sementara waktu ka Sungai Ujung manakala ada sabahagian berpatah balik ka Selangor. Pada mulanya angkatan Raja Mahadi berundor ka Lukut tapi malangnya pemerentah Lukut ketika itu Raja Jumaaat tidak membenarkan kerana beliau tidak mahu terlibat dalam pergolakan tersebut.Ini memaksa meraka berundor ka Kuala Linggi.Dari Kuala Linggi meraka berpecah dua Raja Mahadi berundor ka Kota Tinggi manakala sabahagian kerabat menyisiri sungai Linggi untuk bernaong semantara waktu ka Sungai Ujong.Perjalanan gombolan terhalang akibat Inggeris telah mula campor tangan dalam pemerentahan Sungai Ujong. Kahar telah di bawa tinggal bersebelahan keluarga Dato Akhir Zaman di Kampong Godang,Rantau. Olih kerana daerah Rantau tertaklok pada adat perpatih,dimana bumi di pijak di situ langit di junjong maka kumpolan orang Klang di bentuk dan diserap kapada suku-suku. Kumpulan wanita dan lelaki dari Klang dinamakan suku Klang olih Dato Kelana.Manakala Kahar dan saudaranya Nyai Kutam diserap masuk suku Biduanda Balai. Biduanda Balai Rantau berasal dari Biduanda Balai Kampung Kundangan Teraci tempat Menjejak Tapak Dato Kelana Sungai Ujung perut Timah Kusau sabagai Ibu Soko. Walaupun Kahar baru mendatang tetapi Dato Kelana Sungai Ujung telah melantik beliau lembaga adat bagi Suku Biduanda Balai Rantau dengan gelaran Dato Melano Said.Kahar yang bergajah tunggal.Beliau juga di kenali sabagai Tok udang disebabkan kulit kemerahan dan bulu roma yang menyinsing kaatas. Kedatangan saorang lagi saudaranya Nyai Repah (gelaran) dan suaminya Jalal yang berpindah dari Johol menjadikan suku Biduanda Balai kapada tiga perut, perut Timah Kusau (ibu soko), perut Nyai Kutam dan Nyai Repah. Kahar mempunyai tiga anak,dua orang lelaki dan saorang wanita.Yang lelaki benama Ayop dan Hj.Bidin manakala perempuan Hjh Beah. Hubungan kekeluarga antara Kahar dengan Nyai Kutam isteri Sulong bin Pendekar Raja siaji @ Aji dieratkan dengan perkahwinan anak sulongnya Ayop dengan anak perempuan Nyai Kutam bernama Sialang (gelaran) dan anak perempuannya Hjh.Beah dengan anak lelaki Nyai Repah bernama Ahmad.Salah saorang cicit Kahar ialah Dato Seri Hj.Mohamad bin Hj.Hasan.Imam Hj.Kahar meninggal di Kampong Godang Rantau dan dikebumikan di tanah perkuburan antara Sekolah Kebangsaan Cina dengan simpang menuju Taman Perumahan Ekar dan Mejid Imam Hj.kahar.
Langgan:
Catatan (Atom)