Isnin, 3 Jun 2013
Bugis Rantau Negeri Sembilan
Mengikut catatan J.W.Gullick kedatangan orang Bugis ka Pengkalan Seliau sakitar tahun 1875 sabelum sabahagiannya mudik ka hulu ka Kampung Rantau dan kampung Belangkan.Dalam catatannya Tun Perak Melaka juga pernah ka Pengkalan Seliau yang mana pada ketika itu merupakan perkampungan orang Asli.Orang Bugis yang datang kasini datangnya dari Klang Selangor dan bukan nya dari daerah Riau atau minangkabau. Kumpulan Bugis yang datang terdiri daripada keluarga anak-anak Sultan Ibrahim dan Sultan Muhamad yang lari dari perang saudara sawaktu zaman pemerentahan Sultan Abdul Samad. Mengikut keterangan Dato Senara Muda Hj Yahaya bin Raja Haji@ Siaji @Diraja Muda Senara ayahnya datang tujuh bersaudara .Yang dapat dipastikan cuma keluarga Raja Haji dan adiknya Raja Mariam dengan suaminya Radin Zainal Abidin @Kahar kerana mereka tinggal satempat manakala yang lain terpisah menyebabkan salasilahan bercampur gaul kerana adat perpatih.Kerana takut tindakan inggeris akibat pembunuhan pegawai dan tentera inggeris di.Klang serta Inggeris telah masuk campor di sungai ujung mereka menidakan nama Rajanya seta memanggil anaknya dan saudaranya dengan nama geleran sprt Sialang,Titah ,Siacik ,siabot,(panggil Jawa) ,Aboh,Sulong dan sabagainya..Semasa di Klang Hj Yahaya @Jaya bln Raja Haji @Siaji yang bergelera Dato Senara Muda Lembaga bagi suku Klang tinggal di Kampung Binjai Klang manakala Nyai Kutam kakak iparnya berasal dari kampung Kuantan dan Radin Zainal Abidin @Kahar yang berkahwin dengan emak saudaranya tinggal di Bukit Kuda @Tambang Kuda Klang.Kali terakhir Dato Senara Muda melawat kampung lamanya sewaktu beliau menziarahi kemangkatan Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada tahun 1938.Sekembalinya beliau melahirkan rasa kekesalan kapada keluarganya yang kerabat disana tidak mengenali dirinya,ini mungkin disebabkan ketika beliau berhijrah masih muda usia. Beliau meninggal dunia pada tahun 1944 dan di kebumikan di kampung Linsum Rantau Negeri Sembilan.
Langgan:
Catatan (Atom)